Soalan: Tuliskan Catatan tentang aktiviti gotong-royong di Sekolah. Tulis karangan itu selengkapnya.

Aktiviti Gotong-Royong di Sekolah

5 April 2017                                                                                                                                    7:45 pagi

Semua peserta gotong-royong yang hadir mendaftarkan diri mengikut kategori masing-masing. Selepas itu, kami berkumpul di Dataran Budi untuk mendengar taklimat daripada penyelaras gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing. Aku dan rakan-rakanku ditugaskan di kelas kami. Kami dibekalkan dengan alatan seperti penyapu, cat dan berus cat


8.00 pagi

Gotong-royong bermula. Kami bersama-sama guru kelas membersih dan mengemas kelas. Aku dan Kamal ditugaskan mengecat dinding kelas yang comot. Setelah selesai kelas kami kelihatan sungguh bersih dan ceria. Kami berasa seronok dan rindu untuk ke sekolah pada hari Isnin nanti.


10.00 pagi

Kami berehat di kantin sambil menikmati hidangan mi goreng dan air sirap limau. Hidangan tersebut disediakan oleh kumpulan guru-guru dan kaum ibu yang hadir ke gotong-royong kali ini.


10.30 pagi

Kami masuk ke kelas semula untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum selesai. Kami mengeas semua alatan yang telah digunakan. Kami juga membuang semua sampah ke dalam tong sampah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).


11.00 pagi

Kami berkumpul semula di Dataran Budi untuk mendengar taklimat penutup yang disampaikan oleh Cikgu Azman Ahmad. Setelas kesemua alatan dikumpulkan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 


Comments

Post a Comment

Popular Posts